Laluan NKVE Shah Alam-Setia Alam dibuka semula selepas banjir kilat

4 Nov 2026, 7:54 AM
Laluan NKVE Shah Alam-Setia Alam dibuka semula selepas banjir kilat
Laluan NKVE Shah Alam-Setia Alam dibuka semula selepas banjir kilat

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Laluan di kedua-dua arah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) antara Shah Alam dan Setia Alam (KM8.7 hingga KM9.3) yang ditutup akibat banjir kilat pagi tadi, telah dibuka semula kepada semua kenderaan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan semula laluan itu, selepas keadaan banjir kilat di kawasan berkenaan membolehkan trafik kembali bergerak.

Susulan penutupan laluan itu sebelum ini, kenderaan dari Subang menghala ke selatan menuju Shah Alam dilencongkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

“Sementara itu, kenderaan dari Bukit Raja menghala ke utara menuju Subang, dilencongkan keluar dari NKVE melalui Persimpangan Bertingkat Setia Alam, manakala kenderaan dari Setia Alam dilencongkan ke Bukit Raja,” menurut kenyataan itu.

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca, keadaan banjir dan laluan alternatif menerusi saluran komunikasi rasminya termasuk akaun X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Mesej Elektronik (VMS), pembantu maya PUTRI serta platform media sosial rasmi syarikat itu.

Pengguna yang memerlukan bantuan segera boleh menghubungi PLUSLine di talian 1-800-88-0000, menggunakan butang SOS menerusi Aplikasi PLUS atau berinteraksi dengan pembantu maya PUTRI.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.