Maulidur Rasul: Enam jalan di Klang ditutup sementara Sabtu ini

9 Sep 2026, 8:17 AM
Maulidur Rasul: Enam jalan di Klang ditutup sementara Sabtu ini
Maulidur Rasul: Enam jalan di Klang ditutup sementara Sabtu ini

SHAH ALAM, 9 SEPT: Sebanyak enam jalan di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat sempena Majlis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Klang, Sabtu ini.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkata penutupan jalan dijadualkan bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi bagi memastikan kelancaran perarakan tersebut.

"Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Tengku Diaudin, Jalan Besar, Jalan Stesen, Jalan Gedung Raja Abdullah, Jalan Dato Hamzah dan Jalan Tengku Kelana.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan serta kawalan lalu lintas oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelakkan kesesakan sepanjang tempoh penutupan jalan," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Orang ramai juga diminta untuk untuk menggunakan laluan alternatif selain merancang perjalanan lebih awal serta sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang terlibat.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.