Festival Budaya Selangor 2026 meriahkan Tanjung Sepat lima hari

8 Sep 2026, 11:00 AM
Festival Budaya Selangor 2026 meriahkan Tanjung Sepat lima hari

SHAH ALAM, 8 SEPT: Orang ramai dijemput memeriahkan Festival Budaya Selangor (FBS) 2026 yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 16 hingga 20 September ini di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat.

Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor itu bermula dari 10 pagi hingga 11 malam dengan pelbagai pengisian seni, budaya dan aktiviti untuk seisi keluarga.

Antara pengisian yang bakal berlangsung termasuk persembahan kebudayaan, sukan rakyat, silat, pasar klasik, persembahan artis serta larian santai.

Selain itu, pelbagai aktiviti pencungkilan bakat turut diadakan menerusi pertandingan fotografi, tarian tradisional, memasak, futsal dan mewarna, selain pelbagai aktiviti menarik lain.

FBS 2026 dijangka menjadi antara platform untuk orang ramai mengenali dan menghayati kepelbagaian seni serta budaya masyarakat Selangor menerusi persembahan dan acara yang meriah.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.