Dua kali Jumaat lagi DUN Melaka mungkin bubar, buka laluan PRN – Ab Rauf

8 Sep 2026, 12:45 AM
Dua kali Jumaat lagi DUN Melaka mungkin bubar, buka laluan PRN – Ab Rauf

SHAH ALAM, 8 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka dibubarkan dalam tempoh dua minggu lagi bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan itu ketika menyentuh perkembangan politik negeri berkenaan menerusi ungkapan ‘dua kali Jumaat’ lagi.

“Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Kenyataan itu memberi gambaran bahawa tempoh pembubaran DUN yang sebelum ini disebut empat kali Jumaat kini semakin hampir, sekali gus membuka laluan kepada PRN Melaka.

Ab Rauf sebelum ini memaklumkan PRN Melaka akan diadakan tahun ini, namun tarikh pembubaran DUN dan pilihan raya masih belum diumumkan secara rasmi.

Perkembangan itu susulan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sehari sebelumnya yang mahu Ab Rauf mempercepatkan pengumuman pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada PRN.

PRN Melaka terakhir berlangsung pada November 2021 dengan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.