Kesesakan Cybersouth: Lorong susur keluar bakal ditambah

7 Sep 2026, 9:00 AM
Kesesakan Cybersouth: Lorong susur keluar bakal ditambah

SHAH ALAM, 7 SEPT: Penambahan lorong susur keluar akan dilaksanakan di jalan masuk utama ke Cybersouth, Dengkil bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata penambahbaikan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

“Kerajaan Negeri melalui MPSepang dan JKR Selangor akan mengambil tindakan penambahbaikan bagi melancarkan penyuraian trafik, termasuk penambahan lorong susur keluar serta penyelarasan bersama pihak pemaju,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ahmad Fadzli turun padang meninjau beberapa isu serta projek pembangunan strategik di kawasan Sepang dan Kuala Langat.

Antaranya Projek Penyiapan Baki Kerja Jalan Langat Lestari sepanjang lapan kilometer yang siap pada 10 Julai lalu, selain perkembangan NCT Smart Industrial Park (NSIP) yang dijangka merancakkan peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi dan pembangunan kawasan sekitar.

Beliau turut meninjau Projek Membina Jalan Sambungan Sungai Kelambu ke Genting Sanyen yang bakal menyediakan laluan perhubungan baharu dari Banting ke Salak Tinggi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkasa pembangunan infrastruktur demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.