Jelajah JobCare Klang tawar 4,258 peluang kerja

5 Sep 2026, 8:30 AM
Jelajah JobCare Klang tawar 4,258 peluang kerja

SHAH ALAM, 5 SEPT: Karnival Jelajah Lindung Kerjaya JobCare Daerah Klang menawarkan 4,258 peluang pekerjaan daripada 36 majikan merentasi pelbagai sektor, dengan gaji ditawarkan sehingga RM12,999.

EXCO Sumber Manusia Papparaidu Veraman berkata daripada jumlah kekosongan itu, 95.99 peratus melibatkan penempatan di Selangor.

“Semoga inisiatif seperti ini terus membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan membantu rakyat mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian sekali gus meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan keluarga,” katanya menerusi Facebook.

EXCO Sumber Manusia Papparaidu Veraman beramah mesra dengan pencari kerja ketika meninjau reruai majikan sempena Karnival Jelajah Lindung Kerjaya JobCare Daerah Klang. Foto Facebook Papparaidu Veraman

Terdahulu, Papparaidu hadir merasmikan karnival berkenaan selain mengadakan tinjauan ke reruai majikan yang mengambil bahagian.

“Saya turut berkesempatan meninjau reruai majikan dan berinteraksi bersama pencari kerja selain melihat sendiri pelbagai peluang kerjaya yang tersedia untuk rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Negeri Pandamaran Tony Leong Tuck Chee, Ahli-Ahli Majlis Klang, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor Muhamad Rashid Othman serta pegawai terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.