Buih 500 meter di KESAS berpunca sisa tumpahan sabun lama

4 Sep 2026, 12:00 AM
Buih 500 meter di KESAS berpunca sisa tumpahan sabun lama

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kemunculan buih di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur di sini semalam dipercayai berpunca daripada sisa tumpahan sabun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata ia dipercayai tumpah dari sebuah lori pada 24 Ogos lepas di susur Kota Kemuning sebelum masuk ke Lebuhraya KESAS menghala ke Klang.

“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.

“Bagaimanapun, hujan lebat hari ini menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sarudin berkata susulan kejadian itu, pihak konsesi lebuh raya telah mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan kali kedua dan selesai pada 4.58 petang.

Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya KESAS hari ini.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.