Selangor raih RM70 bilion pelaburan, tertinggi seluruh negara separuh pertama

2 Sep 2026, 4:00 AM
Selangor raih RM70 bilion pelaburan, tertinggi seluruh negara separuh pertama

SHAH ALAM, 2 SEPT: Selangor merekodkan RM70 bilion pelaburan diluluskan menerusi 835 projek bagi separuh pertama 2026, tertinggi di seluruh negara.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata sektor perkhidmatan berjaya menarik industri bernilai tinggi seperti analisis data, sekuriti siber, Internet Kebendaan (IoT), pengkomputeran dan FinTech sekali gus menyediakan pekerjaan berkualiti tinggi untuk penduduk Selangor.

“Daripada membina ekosistem digital hingga memperkukuh industri semikonduktor, aeroangkasa dan mobiliti, Selangor terus bergerak pantas untuk menjadi hab ekonomi berdaya saing di rantau ini.

“Pelaburan masuk, lebih peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), lebih lapangan kerja tercipta.

“Terima kasih kepada Invest Selangor, Sidec dan semua penjawat awam Selangor yang bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini. Ayuh teruskan momentum untuk terus membawa masuk pelaburan berkualiti ke Selangor,” katanya di Facebook.

Sebelum ini Sze Han berkata Kerajaan Selangor akan terus memperkukuh ekonomi negeri dengan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menurutnya, usaha itu akan terus diperkasa susulan prestasi ekonomi Selangor yang kekal memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri mencecah RM460.1 bilion pada 2025.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.