MPS keluar 10 kompaun, dua sitaan terhadap penjaja Rawang

1 Sep 2026, 9:00 AM
MPS keluar 10 kompaun, dua sitaan terhadap penjaja Rawang
MPS keluar 10 kompaun, dua sitaan terhadap penjaja Rawang

SHAH ALAM, 1 SEPT: Sebanyak 12 tindakan penguatkuasaan diambil terhadap penjaja dalam operasi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sekitar Rawang, pada 27 Ogos lalu.

Operasi yang dilaksanakan Jabatan Penguatkuasa MPS bersama Jabatan Pelesenan melibatkan seramai 18 anggota bagi memastikan aktiviti penjajaan dijalankan mengikut peraturan serta mematuhi undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

“Hasil operasi, sebanyak 12 tindakan penguatkuasaan diambil membabitkan 10 kompaun dan dua sitaan,” menurut MPS.

Antara kesalahan yang dikenakan tindakan termasuk pelanggaran Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007, Undang-Undang Kecil Iklan (MPS) 2007 serta Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

MPS memaklumkan operasi itu merupakan antara usaha pihak berkuasa tempatan memastikan aktiviti penjajaan di kawasan pentadbirannya dijalankan secara teratur dan tidak melanggar peraturan ditetapkan.

Operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan penjaja sentiasa mematuhi peraturan.

MPS turut menegaskan tindakan berkenaan bertujuan memastikan persekitaran kekal teratur, selamat dan selesa untuk masyarakat setempat.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.