Tiga pendaki Malaysia hilang di Nepal, keluarga terus berharap

30 Ogos 2026, 11:30 AM
Tiga pendaki Malaysia hilang di Nepal, keluarga terus berharap
Tiga pendaki Malaysia hilang di Nepal, keluarga terus berharap
Tiga pendaki Malaysia hilang di Nepal, keluarga terus berharap
Tiga pendaki Malaysia hilang di Nepal, keluarga terus berharap
Tiga pendaki Malaysia hilang di Nepal, keluarga terus berharap

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Keluarga dan rakan kepada tiga pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet Rabu lalu, terus menaruh harapan agar mereka ditemukan selamat.

Tiga pendaki itu ialah Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27, dan Muhammad Zaki Othman, 29, dilaporkan gagal dihubungi ketika menjalankan aktiviti pendakian di Langtang Valley.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, seorang rakan kepada ketiga-tiga pendaki berkenaan memohon orang ramai terus mendoakan keselamatan ketiga-tiga pendaki itu.

Menurut hantaran pengguna emyliatahar, mesej terakhir daripada kumpulan berkenaan diterima pada 10.42 pagi (waktu Malaysia) pada hari kejadian 26 Ogos, dengan lokasi terakhir mereka dikesan di sekitar kawasan Bhote Koshi.

“Kami telah melaporkan kehilangan mereka bertiga kepada pihak Kedutaan Malaysia di Nepal serta Wisma Putra bagi membolehkan tindakan susulan dan operasi menyelamat dijalankan,” katanya.

Muhammad Muhaimin berasal dari Gelugor, Pulau Pinang, Muhammad Zaki dari Kubang Semang, Bukit Mertajam, manakala Muhammad Adib Haikal berasal dari Kulim, Kedah.

Dalam satu lagi hantaran di Threads, pengguna myanaimah pula memohon doa orang ramai agar adik iparnya Muhammad Adib Haikal dan dua rakannya itu dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Wisma Putra hari ini mengadakan sesi taklimat khas bersama waris dan ahli keluarga bagi menyampaikan perkembangan terkini berhubung kes berkenaan.

Ahli keluarga turut diminta bersedia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu proses pengecaman identiti, susulan penemuan jasad belum dikenal pasti di kawasan bencana.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.