Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Rusia

12 Jul 2026, 4:22 PM
Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Rusia

PUTRAJAYA, 13 JULAI: Kementerian Luar mengesahkan seorang warga Malaysia meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Rusia pada Sabtu (11 Julai).

Wisma Putra memaklumkan mangsa merupakan sebahagian daripada tiga warga Malaysia yang menyertai ekspedisi pendakian Gunung Elbrus anjuran sebuah pengendali tempatan.

"Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah menghubungi keluarga mangsa di Malaysia serta dua lagi warga Malaysia yang menyertai ekspedisi itu bagi menyelaraskan semua urusan yang diperlukan dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada pihak keluarga," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Wisma Putra menyatakan pihak kedutaan akan terus berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di Rusia dan memantau perkembangan kes berkenaan, di samping memberikan bantuan konsular yang diperlukan bagi memastikan semua urusan berkaitan berjalan lancar.

Pihak kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.

Gunung Elbrus yang terletak di selatan Rusia mempunyai ketinggian 5,642 meter dan merupakan gunung tertinggi di Eropah serta destinasi popular bagi pendaki gunung dari seluruh dunia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.