Tanah runtuh China-Nepal: Tiga rakyat Malaysia masih belum dikesan

30 Ogos 2026, 1:54 AM
Tanah runtuh China-Nepal: Tiga rakyat Malaysia masih belum dikesan

GYIRONG, 30 OGOS: Tiga rakyat Malaysia antara 261 warga asing dari 23 negara yang dikenal pasti masih belum dapat dikesan susulan kejadian tanah runtuh melanda Pelabuhan Gyirong di sempadan China-Nepal, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China pada 26 Ogos, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Angka terbaharu itu diumumkan pada sidang media anjuran pejabat penerangan kerajaan wilayah berkenaan selepas operasi pencarian bersama serta semakan maklumat oleh pihak berkuasa hal ehwal luar, keselamatan awam, kebudayaan dan pelancongan serta pengurusan kecemasan, lapor Xinhua.

Daripada 261 warga asing berkenaan, 104 berasal dari Nepal, 49 dari India, 33 dari Latvia, 18 dari Amerika Syarikat, 15 dari Britain, masing-masing enam dari Kanada dan Australia, empat dari Afrika Selatan serta masing-masing tiga dari Malaysia, Jerman dan Rusia.

Pasukan penyelamat China menjalankan operasi di zon bencana selepas kejadian tanah runtuh di Pelabuhan Gyirong, Daerah Gyirong, Xigaze, Wilayah Autonomi Xizang pada 26 Ogos 2026. Sebanyak 505 pergerakan pasukan penyelamat direkodkan ke kawasan tengah zon bencana bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. Foto Facebook CGTN Frontline

Turut belum dapat dikesan ialah masing-masing dua warga Ireland, Estonia, Perancis, Belanda dan New Zealand, serta masing-masing seorang dari Kazakhstan, Finland, Lithuania, Portugal, Ukraine, Sepanyol dan Hungary.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.