Nepal simpan sampel DNA mayat tidak dikenal pasti sebelum dikebumikan

30 Ogos 2026, 1:09 AM
Nepal simpan sampel DNA mayat tidak dikenal pasti sebelum dikebumikan

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Nepal akan menyimpan sampel DNA dan bukti pengenalan lain daripada mayat mangsa banjir yang gagal dikenal pasti sebelum mengambil langkah mengebumikan atau menguruskan mayat berkenaan, menurut laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris negara itu.

Banjir Sungai Bhotekoshi lima hari lepas mengakibatkan angka korban yang tinggi serta kerosakan meluas terhadap harta benda dan infrastruktur di sepanjang kawasan sungai itu, khususnya di Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.

Memetik kenyataan Perdana Menteri Balendra Shah yang dimuat naik di media sosial pada petang Sabtu, The Kathmandu Post melaporkan bahawa hanya mayat yang tidak dapat dikenal pasti akan diuruskan kerajaan, manakala mayat yang dikenal pasti oleh keluarga diserahkan kepada waris.

“Hanya mayat yang tidak dapat dikenal pasti akan diuruskan kerajaan selepas sampel DNA dan bukti lain yang boleh membantu menentukan identiti mereka disimpan,” katanya seperti dilaporkan.

Menurut Shah, sekitar 675 mayat ditemukan setakat ini di beberapa lokasi di Rasuwa, Dhading, Nuwakot, Chitwan, Tanahun, Gorkha, Nawalparasi Timur dan Nawalparasi Barat.

Laporan penuh boleh diakses di https://kathmandupost.com/national/2026/08/29/nepal-will-preserve-dna-before-burial-of-unidentified-flood-victims-pm-says.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.