Pencarian rakyat Malaysia hilang di Nepal masih diteruskan

22 Okt 2026, 4:42 AM
Pencarian rakyat Malaysia hilang di Nepal masih diteruskan

SHAH ALAM, 22 OKT: Misi pencarian rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir kilat di Rasuwa, Nepal masih diteruskan meskipun kerajaan negera tersebut telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pencarian dilaksanakan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dengan kerjasama kerajaan tempatan di Nepal dan pos pendakian sepanjang laluan di kawasan bencana, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, menerusi maklumat penjejakan di pos pendakian, lokasi terakhir kebanyakan rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi dikenal pasti berada di laluan yang terjejas dengan kejadian terbabit.

"Malaysia masih melakukan misi pencarian biarpun kerajaan Nepal ketika ini sudah pun memasuki fasa pemulihan. Kita masih menghubungi pos pendakian dan menjejaki laluan rakyat Malaysia.

"Kita akan teruskan pencarian kumpulan rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi ini sehingga tiada lagi ruang untuk melakukan apa-apa tindakan," katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mengenai status terkini rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan tragedi di Nepal pada 26 Ogos lalu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.