Setinggan atas air di Kampung Numbak terbakar, bomba giat padam kebakaran

30 Ogos 2026, 12:32 AM
Setinggan atas air di Kampung Numbak terbakar, bomba giat padam kebakaran

KOTA KINABALU, 30 OGOS: Kebakaran melibatkan rumah setinggan atas air berlaku di Kampung Numbak, di sini awal pagi ini, namun jumlah rumah terlibat belum dapat dipastikan berikutan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi sebelum jentera tiba di lokasi pada 1.58 pagi.

“Sebanyak 39 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Penampang, digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman,” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM, pasukan bomba kini menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran dengan empat pancutan air dengan menggunakan sumber air daripada jentera bomba.

“Operasi pemadaman masih giat dijalankan dan maklumat lanjut mengenai kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.