11 kereta, 23 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

9 Nov 2026, 2:16 AM
11 kereta, 23 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel
11 kereta, 23 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

SHAH LAM, 9 NOV: Sebanyak 11 kereta dan 23 motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel kereta di Kampung Jerang Belangga, Kota Sarang Semut, Alor Setar, awal pagi tadi.

Kebakaran kira-kira jam 3.30 pagi itu turut menyebabkan hampir 90 peratus struktur bengkel kelas B berkenaan yang mempunyai satu tingkat musnah, lapor Berita Harian,

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Cempedak, BBP Pendang dan BBP Jalan Raja tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.53 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

"Operasi diteruskan dengan kerja pemeriksaan serta pembersihan bagi memastikan tiada sisa bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

"Seramai 20 anggota JBPM terbabit dalam operasi itu dengan bantuan 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)," menurutnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.