Banjir di Nepal: Lebih 17,000 kanak-kanak perlu bantuan kemanusiaan segera - UNICEF

28 Ogos 2026, 1:18 AM
Banjir di Nepal: Lebih 17,000 kanak-kanak perlu bantuan kemanusiaan segera - UNICEF

GENEVA, 28 OGOS: Lebih 17,000 kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan segera susulan banjir di Nepal, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) [UNICEF] pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Sekurang-kurangnya 17,000 kanak-kanak terjejas akibat banjir kilat dahsyat yang melanda daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading di Nepal," menurut kenyataan itu.

Kanak-kanak yang terselamat kini berdepan risiko penyakit, kekurangan zat makanan, keganasan dan eksploitasi yang semakin meningkat, kata UNICEF.

Arus air deras melanda Sungai Bhotekoshi di kawasan pergunungan Nepal pada Rabu.

Banjir dipercayai berpunca daripada keruntuhan glasier dan aliran puing.

Angka kematian akibat banjir di Nepal telah mencecah 389 orang dan dijangka terus meningkat memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, menurut amaran PBB.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.