Najwan hargai PBT, sukarelawan jayakan SUKMA Selangor 2026

26 Ogos 2026, 7:54 AM
Najwan hargai PBT, sukarelawan jayakan SUKMA Selangor 2026
Najwan hargai PBT, sukarelawan jayakan SUKMA Selangor 2026
Najwan hargai PBT, sukarelawan jayakan SUKMA Selangor 2026
Najwan hargai PBT, sukarelawan jayakan SUKMA Selangor 2026
Najwan hargai PBT, sukarelawan jayakan SUKMA Selangor 2026

Sekretariat SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan penganjuran temasya sukan dwitahunan ini berjaya dilaksanakan di negeri Selangor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan penganjuran SUKMA XXII ini berjalan lancar, termasuk dengan menggerakkan pelbagai agensi di bawah kerajaan negeri untuk terlibat dan memainkan peranan utama dalam menjayakan penganjuran 37 jenis sukan dengan 468 acara di sembilan daerah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah memastikan setiap fasiliti pertandingan yang digunakan sebagai gelanggang pertandingan dinaik taraf dengan baik. PBT-PBT ini turut menjadi nadi penggerak utama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan semua pertandingan yang dijalankan.

Begitu juga dengan peranan syarikat-syarikat di bawah Kerajaan Negeri seperti MBI Selangor dan PKNS yang telah membantu menjayakan upacara pembukaan SUKMA XXII Selangor serta majlis rasmi penutupan.

Tidak kurang pentingnya ialah peranan agensi-agensi kerajaan pusat, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kesihatan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pasukan Bomba dan Penyelamat serta RELA.

Tidak dilupakan barisan penaja yang tampil memberikan sokongan dan penajaan yang penuh bermakna ketika penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 dilaksanakan dengan perbelanjaan yang berhemah. Antaranya termasuk PKNS, PKPS, PNSB, MILO, SIARA TV, KUSEL, INFRASEL, IDCC, MESUMA MARATHON, SETIA CITY, TELEKOM MALAYSIA, YONEX SUNRISE, Airbnb, KDEB, 100PLUS, MOLTEN, WYNDHAM Acmar Klang, INNOTEX, SITC, TETO Engineering dan TWL Holding Berhad.

Sesungguhnya, tanpa penglibatan semua badan, agensi dan penaja, penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 tidak mungkin dapat direalisasikan dengan jayanya.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada 10 ribu sukarelawan yang menjadi nadi utama dalam menjayakan pelbagai gerak kerja di 51 fasiliti sukan, mencurahkan tenaga serta menghulurkan bantuan tanpa mengenal penat dan lelah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga turut diberikan kepada semua pihak media massa, portal media sukan, wartawan sukan, jurufoto dan jurukamera yang mencurahkan keringat, idea dan mewarnai liputan sepanjang kejohanan serta membawakan liputan pahit-manis perjuangan atlet muda negara dalam memburu kejayaan sepanjang SUKMA Selangor berlangsung.

Tahniah dan syabas juga kepada seluruh 12 ribu atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen negeri serta Brunei Darussalam atas segala perjuangan yang penuh semangat kesukanan sepanjang 14 hari saingan berlangsung.

Syabas dan tahniah kepada kontinjen Selangor yang merangkul 101 pingat emas untuk muncul sebagai juara keseluruhan edisi ke-22 ini, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kali kesepuluh selepas menanti selama 10 tahun.

NAJWAN HALIMI EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026

Kategoripendapat

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.