JAKIM laksana solat hajat malam ini susulan jerebu negara

26 Ogos 2026, 7:42 AM
JAKIM laksana solat hajat malam ini susulan jerebu negara

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat dan bacaan doa di tiga masjid utama di bawah seliaan agensi itu malam ini susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata solat hajat dan bacaan doa itu akan dilaksanakan selepas solat Maghrib di Masjid Negara, di sini serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Beliau menyeru umat Islam untuk bersama-sama melaksanakan solat hajat serta memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan perlindungan, kesihatan, keselamatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

“Semoga Allah SWT melindungi seluruh rakyat Malaysia daripada sebarang kemudaratan, memelihara kesihatan dan keselamatan kita semua serta memulihkan keadaan di kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat 8 pagi tadi, sebanyak 17 kawasan di enam negeri iaitu Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Perak serta Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.