Gempa bumi 5.2 magnitud di Sumatera Utara, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

14 Nov 2026, 5:41 AM
Gempa bumi 5.2 magnitud di Sumatera Utara, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

SHAH ALAM, 14 NOV: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 melanda kawasan luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada kedudukan 3.2 darjah utara dan 92.7 darjah timur, kira-kira 364 kilometer ke barat Simeulue, Indonesia, pada kedalaman 70 kilometer.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.