Gempa bumi magnitud 5.9 landa Laut Banda, tiada ancaman tsunami Malaysia

29 Okt 2026, 12:00 AM
Gempa bumi magnitud 5.9 landa Laut Banda, tiada ancaman tsunami Malaysia

SHAH ALAM, 29 OKT: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 melanda Laut Banda, Indonesia pada jam 6.06 pagi tadi, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 6.4 darjah selatan dan 130.6 darjah timur, kira-kira 403 kilometer tenggara dari Ambon, Indonesia.

Menurutnya, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 157 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.