Gempa bumi magnitud 6.4 landa Kepulauan Solomon

9 Nov 2026, 6:55 AM
Gempa bumi magnitud 6.4 landa Kepulauan Solomon

ISLAMABAD, 9 NOV: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Kepulauan Solomon pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa berlaku pada 0335 GMT Isnin, kira-kira 27 kilometer (km) barat daya Lata, ibu negeri wilayah Temotu.

Pusat gempa pada kedalaman 25 km itu pada awalnya dikesan di 10.90 darjah selatan dan 165.62 darjah timur.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan infrastruktur.

-- BERNAMA-ANADOLU

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.