Hulu Selangor, Gombak antara 17 kawasan rekod cuaca panas Tahap 1

25 Ogos 2026, 1:05 AM
Hulu Selangor, Gombak antara 17 kawasan rekod cuaca panas Tahap 1
Hulu Selangor, Gombak antara 17 kawasan rekod cuaca panas Tahap 1
Hulu Selangor, Gombak antara 17 kawasan rekod cuaca panas Tahap 1
Hulu Selangor, Gombak antara 17 kawasan rekod cuaca panas Tahap 1

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 17 kawasan.

Menurut kenyataan MetMalaysia, daripada jumlah itu, 11 kawasan adalah di Semenanjung membabitkan Larut dan Matang, Kuala Kangsar, Kampar serta Batang Padang di Perak; Kuala Krai di Kelantan; Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan di Pahang; serta Hulu Selangor dan Gombak di Selangor.

Sementara itu, lima kawasan di Sabah yang turut berada pada Tahap 1 ialah Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran, manakala kawasan yang direkodkan di Sarawak melibatkan daerah Marudi.

MetMalaysia memaklumkan status Tahap 1 itu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu melalui https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status cuaca panas harian di seluruh negara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.