Sebelum sambung belajar, Hyqal belajar kemahiran baharu sebagai sukarelawan SUKMA 2026 

25 Ogos 2026, 1:00 AM
Sebelum sambung belajar, Hyqal belajar kemahiran baharu sebagai sukarelawan SUKMA 2026 
Sebelum sambung belajar, Hyqal belajar kemahiran baharu sebagai sukarelawan SUKMA 2026 

SHAH ALAM, 25 OGOS: Kemahuan untuk belajar kemahiran baharu serta memanfaatkan masa terluang sebelum melanjutkan pengajian ke universiti akhir Ogos ini mendorong Hyqal Syah Zydwe Hasnuldzan Zaidy, 18 tahun untuk menyertai program sukarelawan sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Hyqal Syah berkata, keputusan untuk menjadi sukarelawan dibuat bagi mengisi masa lapang, selain menganggap pengalaman tersebut sebagai peluang mempelajari kemahiran berguna apabila melanjutkan pengajian.

“Saya menjadi sukarelawan untuk mengisi masa lapang dan ini juga merupakan perkara yang saya akan belajar di universiti nanti,” katanya ketika ditemu bual Media Selangor.

Kemahuan untuk belajar kemahiran baharu serta memanfaatkan masa terluang sebelum melanjutkan pengajian ke universiti akhir Ogos ini mendorong Hyqal Syah Zydwe Hasnuldzan Zaidy, 18 tahun untuk menyertai program sukarelawan sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. FOTO Wan Koyan/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, beliau pada awalnya terkejut apabila mengetahui penempatannya adalah di Media Selangor, yang merupakan media rasmi dalam membuat liputan berita SUKMA 2026.

“Pada mulanya saya datang sini memang terkejut sebab ini Media Selangor, media rasmi yang melaporkan berita tentang SUKMA 2026,” katanya.

Hyqal Syah berkata, sepanjang bertugas, tugas kerjanya merangkumi pemantauan data serta maklumat kutipan pingat yang kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam sistem.

Katanya, walaupun pada awalnya tidak mempunyai pengetahuan mengenai proses memasukkan data ke dalam sistem, beliau banyak dibimbing oleh petugas di pusat media berkenaan.

“Pengalaman saya di sini baik sahaja sebab daripada saya tidak tahu macam mana hendak masukkan data, mereka telah mengajar saya,” katanya.

Menurutnya, tunjuk ajar yang diterima sepanjang menjadi sukarelawan memberi pengalaman baharu yang diyakini dapat dimanfaatkan apabila menyambung pengajian di universiti kelak.

Sekitar 10,000 orang sukarelawan bertugas sepanjang SUKMA dan Para Sukma 2026 Selangor. SUKMA menamatkan temasya semalam, manakala Para Sukma akan mula berlangsung pada 5 hingga 10 September depan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.