Majlis Penutup SUKMA: Empat jalan sekitar Aneka Walk ditutup mulai 7 malam

24 Ogos 2026, 8:26 AM
Majlis Penutup SUKMA: Empat jalan sekitar Aneka Walk ditutup mulai 7 malam

SHAH ALAM, 24 OGOS: Empat laluan di sekitar Aneka Walk, Seksyen 14 di sini akan ditutup secara berperingkat bermula jam 7 malam hingga 10.30 malam ini sempena Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memaklumkan laluan terbabit ialah Jalan Persisiran Tasik, Jalan Persiaran Dato Menteri, Jalan Perbadanan dan Jalan Majlis.

Menurutnya, penutupan berperingkat itu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan acara.

Pelan penutupan empat jalan sekitar Aneka Walk, Seksyen 14, Shah Alam sempena Majlis Penutupan SUKMA Selangor 2026. Foto Facebook PKNS

“Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan menghargai kerjasama anda,” menurut PKNS dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang melalui kawasan Seksyen 14 khususnya sekitar Aneka Walk dinasihatkan mengambil maklum penutupan berkenaan bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan perjalanan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.