Laluan Jalan Majlis, Jalan Institusi ditutup hingga 22 Mei

19 Mei 2026, 3:22 PM
Laluan Jalan Majlis, Jalan Institusi ditutup hingga 22 Mei

SHAH ALAM, 19 MEI: Pengguna jalan raya di sekitar Bandaraya Shah Alam dinasihatkan merancang perjalanan susulan kerja menaik taraf jalan di Jalan Majlis, Jalan Institusi dan Jalan Perbadanan bermula hari ini hingga 22 Mei.

Perkara itu dimaklumkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi hantaran Facebook hari ini.

Menurut PKNS, penutupan laluan akan dilaksanakan sepanjang tempoh kerja berlangsung dan dijangka menyebabkan gangguan aliran trafik di kawasan terlibat.

Kerja menaik taraf itu melibatkan Fasa 1 yang dijadual berlangsung selama empat hari bermula 19 hingga 22 Mei 2026.

Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan keselamatan serta papan tanda trafik yang disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.

PKNS turut memohon kerjasama semua pihak dan menyarankan orang ramai menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.