SUKMA 2026: Selangor rangkul dua emas boling padang

23 Ogos 2026, 5:05 AM
SUKMA 2026: Selangor rangkul dua emas boling padang

KLANG, 23 OGOS: Skuad boling padang Selangor menepati sasaran dua pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 menerusi acara perseorangan lelaki dan bertiga wanita di Kompleks Boling Padang Bayuemas di sini, hari ini.

Emas perseorangan lelaki disumbangkan Andrian Asyarani Khabini selepas menewaskan wakil Terengganu, Muhammad Hafiy Darwisy Mohd Hadri 17-14 dalam aksi final.

Satu lagi emas diraih menerusi acara bertiga wanita yang dibarisi Puteri Aira Azman Shah, Nur Dina Najwa Tarmizy Abdullah dan Lia Zuleeqa Zilhan Azril Hasrul, dengan Damia Aleesya Mohd Irman sebagai pemain simpanan selepas mencatat kemenangan 18-11.

Skuad bertiga wanita boling padang Selangor meraikan kejayaan meraih pingat emas pada SUKMA Selangor 2026. Foto SHAMZ JOHAN/MEDIA SELANGOR

Ketua jurulatih boling padang Selangor, Nor Hashimah Ismail meluahkan rasa syukur apabila anak buahnya berjaya mencapai sasaran dua pingat emas.

Beliau turut memuji semangat juang tinggi barisan atlet, khususnya Andrian yang membalas kepercayaan diberikan apabila dipilih beraksi dalam acara perseorangan.

"Kami layak ke empat aksi final dan menang dua pingat emas. Tekad yang dipamerkan oleh atlet boling padang Selangor sememangnya mereka dahagakan kemenangan.

"Alhamdulillah, hari ini perseorangan kita sudah membuktikan kemampuannya. Walaupun ini penampilan SUKMA kedua, tetapi ini kali pertama Adrian beraksi dalam acara perseorangan. Saya berikan kepercayaan kepadanya dan dia buktikan siapa dirinya kerana dia seorang yang tidak pernah kenal erti tewas," katanya kepada Media Selangor.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.