Delegasi WITEX 2026 teroka tarikan pelancongan Shah Alam

23 Ogos 2026, 9:00 AM
Delegasi WITEX 2026 teroka tarikan pelancongan Shah Alam
Delegasi WITEX 2026 teroka tarikan pelancongan Shah Alam
Delegasi WITEX 2026 teroka tarikan pelancongan Shah Alam
Delegasi WITEX 2026 teroka tarikan pelancongan Shah Alam
Delegasi WITEX 2026 teroka tarikan pelancongan Shah Alam

SHAH ALAM, 23 OGOS: Kepelbagaian tarikan pelancongan Shah Alam terus diketengahkan apabila 40 delegasi World Islamic Tourism Expo (WITEX) 2026 mengunjungi beberapa lokasi tumpuan di bandar raya itu, semalam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan delegasi berkenaan terdiri daripada pemain industri pelancongan, rakan strategik serta wakil media.

Kunjungan itu bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi mengenai keunikan serta produk pelancongan yang terdapat di Shah Alam.

Antara lokasi dikunjungi ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menjadi antara tarikan di bandar raya berkenaan.

Delegasi turut dibawa melawat Galeri Shah Alam selain Taman Anggerik Shah Alam dan Taman Warisan Shah Alam. Antan Batura Watersport pula menjadi antara lokasi yang diketengahkan menerusi aktiviti berteraskan rekreasi.

Menurut MBSA, kunjungan berkenaan memberi peluang kepada delegasi mengenali kepelbagaian aset pelancongan yang dimiliki Shah Alam.

“Kunjungan itu membuka peluang kepada delegasi mengenali kepelbagaian aset pelancongan Shah Alam yang merangkumi aspek seni, budaya, sejarah, warisan, landskap serta aktiviti rekreasi,” menurut kenyataan di Facebook.

MBSA menjelaskan program itu turut menjadi wadah untuk memperkenalkan Shah Alam sebagai destinasi yang menawarkan pelbagai tarikan kepada pengunjung.

“Program ini turut menjadi platform strategik bagi memperkenalkan Shah Alam sebagai destinasi yang mempunyai pelbagai tarikan serta berpotensi untuk terus diketengahkan dalam sektor pelancongan,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.