SUKMA 2026: Selangor sapu emas, perak gimnastik batang titian wanita

23 Ogos 2026, 4:43 AM
SUKMA 2026: Selangor sapu emas, perak gimnastik batang titian wanita
SUKMA 2026: Selangor sapu emas, perak gimnastik batang titian wanita

BANGI, 23 OGOS: Selangor menguasai acara gimnastik artistik individu batang titian wanita selepas meraih pingat emas dan perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, hari ini.

Pingat emas menjadi Cadence Teh Zi Qi yang mencatat 13.000 mata dalam saingan di Dewan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Cadence mengumpul 5.600 mata bagi aspek kesukaran dan 7.400 mata bagi pelaksanaan untuk muncul di tempat pertama acara berkenaan.

Nicole Wong Ziyi ketika beraksi dalam acara gimnastik artistik individu batang titian wanita pada SUKMA 2026 di Dewan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Rakan senegeri, Nicole Wong Ziyi melengkapkan penguasaan Selangor dengan meraih pingat perak menerusi catatan 11.867 mata, termasuk 4.200 mata bagi kesukaran dan 7.667 mata bagi pelaksanaan.

Keputusan itu menyaksikan dua atlet Selangor mengisi dua kedudukan teratas acara berkenaan, sekali gus menambah koleksi pingat kontinjen tuan rumah dalam saingan gimnastik artistik SUKMA 2026.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.