Cadence bolot empat emas, pacu kebangkitan gimnastik artistik Selangor

24 Ogos 2026, 12:38 PM
Cadence bolot empat emas, pacu kebangkitan gimnastik artistik Selangor
Cadence bolot empat emas, pacu kebangkitan gimnastik artistik Selangor

SHAH ALAM, 24 OGOS: Selangor menutup saingan gimnastik artistik Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan pencapaian cemerlang apabila meraih 10 pingat, termasuk lima emas.

Kutipan itu memperlihatkan peningkatan ketara berbanding SUKMA Sarawak 2024 apabila Selangor hanya meraih dua emas daripada keseluruhan 11 pingat.

Cadence Teh Zi Qi muncul tonggak utama kejayaan apabila membolot empat daripada lima emas Selangor, sekali gus mendominasi saingan gimnastik artistik edisi kali ini.

“Saya rasa sangat gembira dan bangga kerana dapat menyumbang kepada Selangor dan saya juga sangat gembira kerana sudah memberikan yang terbaik.

“Saya sangat bersyukur dan gembira dapat memenangi begitu banyak pingat dan saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana sentiasa menyokong saya,”

Secara keseluruhan, Selangor mengakhiri saingan dengan 10 pingat, termasuk lima emas yang menjadi peningkatan ketara berbanding SUKMA 2024.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.