ADN Kajang sumbang tiga kerusi roda kepada tiga keluarga 

23 Ogos 2026, 3:55 AM
ADN Kajang sumbang tiga kerusi roda kepada tiga keluarga 

SHAH ALAM, 23 OGOS: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyumbang tiga kerusi roda kepada tiga keluarga yang memerlukan di sekitar Taman Sri Jelok menerusi program Ziarah Kasih, pada 21 Ogos lalu. 

ADN Kajang David Cheong berkata, sumbangan itu disalurkan selepas keperluan penerima dikenal pasti menerusi lawatan terdahulu bagi membantu memudahkan pergerakan serta urusan harian mereka.

"Selepas lawatan semalam, hari ini saya datang lagi dengan membawa kerusi roda seperti yang dijanjikan kepada keluarga.

"Semoga sumbangan ini dapat meringankan urusan harian serta memberi sedikit keselesaan dan semangat kepada penerima dan keluarga," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Menurutnya, program berkenaan turut memberi peluang untuk mendengar sendiri keadaan serta keperluan keluarga yang diziarahi, sekali gus membolehkan bantuan bersesuaian dikenal pasti.

David berkata, usaha menyantuni golongan memerlukan akan diteruskan bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa mendapat perhatian dan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau turut berharap budaya saling membantu dan mengambil berat terhadap golongan memerlukan terus dipupuk dalam kalangan masyarakat.

"Semoga budaya saling membantu dan mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan terus menjadi amalan dalam masyarakat," katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.