MB: Naik taraf tanah perkuburan Sungai Tua dijangka siap Oktober depan

22 Ogos 2026, 12:06 PM
MB: Naik taraf tanah perkuburan Sungai Tua dijangka siap Oktober depan

GOMBAK, 22 OGOS: Kerja menaik taraf tanah perkuburan di Sungai Tua dan Sungai Kertas kini hampir selesai dengan fasa pertama dijangka siap pada Oktober depan.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata fasa seterusnya akan dilaksanakan selepas kerja berkenaan selesai.

“Insya-Allah bulan 10 ini akan dapat selesai untuk fasa satu dan fasa seterusnya akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Karnival Sambutan Maulidurrasul & Semarak Merdeka di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak di sini, hari ini.

Mengulas mengenai naik taraf tanah perkuburan Bukit Permata, Amirudin berkata kerja berkenaan dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun dengan kos sekitar RM2.5 juta.

“Sebab di Bukit Permata ini ada pembetulan yang kita nak buat, juga mengambil masa dua tahun, kos dalam sekitar RM2.5 juta lebih kurang di Bukit Permata itu. Kita akan bawa untuk belanjawan tahun hadapan, insya-Allah,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.