
SERI KEMBANGAN, 22 OGOS: Hasrat atlet silambam Selangor, Sarveshaa Murali untuk menghadiahkan pingat dalam acara Silambam Thanithiramai Stick Individu Lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di tempat keenam, hari ini.
Persembahan Sarveshaa di Stadium MBSJ, Serdang Jaya sedikit terganggu apabila kayu silambam yang digunakan terlepas daripada genggamannya ketika aksi berlangsung.
Bagaimanapun, insiden itu tidak mematahkan semangat atlet berkenaan yang meneruskan persembahan sehingga tamat.
Sarveshaa mengumpul 8.60 mata untuk menamatkan saingan di tempat keenam, manakala pingat emas dimenangi wakil Wilayah Persekutuan dengan catatan 9.37 mata.
Pingat perak menjadi milik Kedah manakala Terengganu membawa pulang gangsa.







