SUKMA 2026: Eliza catat rekod peribadi terbaik dalam penampilan sulung

20 Ogos 2026, 1:30 AM
SUKMA 2026: Eliza catat rekod peribadi terbaik dalam penampilan sulung
SUKMA 2026: Eliza catat rekod peribadi terbaik dalam penampilan sulung

SHAH ALAM, 20 OGOS: Atlet renang Selangor, Eliza Ai Shen Tan mencipta kenangan manis dalam penampilan sulungnya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas meraih pingat emas dalam acara 200 meter gaya bebas wanita di Pusat Akuatik Selangor, semalam.

Eliza merekodkan catatan masa 2:05.26 saat untuk muncul juara, selain mencatat rekod peribadi terbaik dalam perlumbaan tersebut.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini, saya rasa saya berjaya menghasilkan perlumbaan yang baik dari segi teknik dan saya memang sudah berusaha memperbaiki aspek itu,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Menurut Eliza, beliau turut menjalani latihan bersama pasukan Selangor selepas pulang dari universiti sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi SUKMA kali ini.

Katanya, latihan khusus untuk temasya berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu sebelum menjalani fasa pengurangan bebanan latihan (tapering) dalam tempoh satu hingga dua minggu terakhir.

“Sangat bagus apabila dapat melihat hasil daripada latihan itu. Saya juga mendapat cipta rekod peribadi terbaik, saya sangat gembira dengan keputusan tersebut,” katanya.

Atlet berusia 19 tahun itu turut menyifatkan pengalaman beraksi pada penampilan sulungnya sebagai sesuatu yang istimewa, terutamanya dengan sokongan padu penyokong di Pusat Akuatik Selangor.

“Saya rasa saya tidak pernah berenang di hadapan penonton dengan pukulan gendang seperti ini. Saya dapat merasai tenaga dan semangat yang diberi oleh penonton,” katanya.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.