Laluan pejalan kaki LRT3 Bandar Baru Klang ditambah baik

19 Ogos 2026, 2:30 PM
Laluan pejalan kaki LRT3 Bandar Baru Klang ditambah baik
Laluan pejalan kaki LRT3 Bandar Baru Klang ditambah baik

KLANG, 19 OGOS: Isu keselamatan pejalan kaki berhampiran Pangsapuri Cempaka, Bandar Baru Klang diberi perhatian susulan orang ramai terpaksa memanjat tembok penghalang untuk melintas jalan dari Stesen LRT3 Bandar Baru Klang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei turun padang meninjau lokasi berkenaan selepas isu laluan pejalan kaki itu menerima aduan dan tular.

Beliau berkata antara perkara dibincangkan adalah penyediaan laluan pejalan kaki yang selamat dan tidak terputus dari stesen LRT ke kawasan kediaman serta komersial.

“Antara perkara yang dibincangkan dan akan diambil tindakan susulan adalah seperti menyediakan laluan pejalan kaki, memastikan laluan pejalan kaki tidak terputus dan selamat digunakan dari stesen LRT ke kawasan kediaman serta komersial.

“Dalam masa sama, kita juga akan mencari penyelesaian teknikal bagi mengatasi halangan tembok yang memaksa penduduk memanjat dan membahayakan keselamatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut Dr Quah, perhatian turut diberikan terhadap kemudahan lampu isyarat pejalan kaki bagi memastikan ia berfungsi sepenuhnya.

Selain itu, penambahbaikan lintasan zebra yang lebih selamat untuk kegunaan orang ramai turut diberi perhatian.

Langkah berkenaan bagi menangani isu keselamatan pengguna khususnya penduduk yang menggunakan laluan dari Stesen LRT3 Bandar Baru Klang ke kawasan berhampiran.

Beliau turut berterima kasih kepada Prasarana dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) atas kerjasama dalam menangani perkara berkenaan.

Beliau berharap tindakan penyelesaian dapat dilakukan secepat mungkin demi keselamatan pengguna dan penduduk setempat.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.