Projek laluan pejalan kaki berbumbung LRT Puchong Prima-SMK Puchong Permai bermula dua bulan lagi

13 Okt 2026, 12:51 PM
Projek laluan pejalan kaki berbumbung LRT Puchong Prima-SMK Puchong Permai bermula dua bulan lagi
Projek laluan pejalan kaki berbumbung LRT Puchong Prima-SMK Puchong Permai bermula dua bulan lagi
Projek laluan pejalan kaki berbumbung LRT Puchong Prima-SMK Puchong Permai bermula dua bulan lagi
Projek laluan pejalan kaki berbumbung LRT Puchong Prima-SMK Puchong Permai bermula dua bulan lagi

SUBANG JAYA, 13 OKT: Projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Puchong Prima dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong Permai dijangka bermula dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.

EXCO Mobiliti, Ng Sze Han berkata projek yang dirancang Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama pihak pemaju itu bakal menyediakan laluan lebih selesa dan selamat, khususnya kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke sekolah.

EXCO Mobiliti, Ng Sze Han ditemui ketika meninjau keadaan laluan pejalan kaki di sekitar LRT Puchong Prima, Subang Jaya pada 13 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

“Ini merupakan satu berita baik kepada penduduk terutama pelajar sekolah kerana mereka akan ada satu laluan pejalan kaki yang selesa dan selamat,” katanya kepada Media Selangor.

Terdahulu, Sze Han mengadakan sesi audit laluan pejalan kaki di sekitar Puchong Prima dan Puchong Permai bersama Ahli Majlis MBSJ Zon 14, Kamarul Hafiz Kamarudin serta wakil Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan MBSJ, hari ini.

Hasil audit mendapati keadaan laluan pejalan kaki di kawasan berkenaan secara keseluruhannya agak baik, namun dua hingga tiga lokasi masih memerlukan penambahbaikan.

“Secara keseluruhannya, keadaan laluan pejalan kaki agak baik, cuma ada dua atau tiga tempat yang perlu dinaik taraf,” katanya.

Menurut Sze Han, berdasarkan maklumat pihak pemaju, pembinaan laluan berbumbung itu tertakluk kepada kelulusan Pusat Setempat (OSC) dan dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan.

Sementara itu, Kamarul Hafiz berharap projek berkenaan dapat menjadi penanda aras kepada kawasan lain dalam menyediakan kemudahan pejalan kaki yang lebih baik dan bersambung.

Ahli Majlis MBSJ Zon 14, Kamarul Hafiz Kamarudin ditemui ketika meninjau keadaan laluan pejalan kaki di sekitar LRT Puchong Prima, Sub pada 13 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

“Kita berharap projek ini dapat menjadi penanda aras kepada kawasan lain supaya laluan pejalan kaki lebih bersambung dan memberi keselesaan kepada pengguna di Selangor,” katanya.

Sebelum ini, keselamatan pejalan kaki di sekitar SMK Puchong Permai turut mendapat perhatian berikutan kebimbangan terhadap risiko kemalangan dan keadaan trafik, terutama pada waktu persekolahan.

Pada Mac lalu, MBSJ memasang sistem Smart Sensor Awareness (SENSA) berasaskan kecerdasan buatan (AI) di lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah itu sebagai projek perintis bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Sistem berkenaan mampu mengesan kehadiran pejalan kaki secara automatik sebelum mengaktifkan amaran audio dan visual secara masa nyata kepada pemandu serta pejalan kaki.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.