Kes guru disyaki pukul murid, ibu di Pasir Mas diserah kepada JPN, PPD

18 Ogos 2026, 3:52 AM
Kes guru disyaki pukul murid, ibu di Pasir Mas diserah kepada JPN, PPD

KOTA BHARU, 18 OGOS: Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengambil tindakan berhubung kes seorang guru ditahan kerana dipercayai memukul seorang murid dan ibunya di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Rabu lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes itu kerana baru menerima maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Saya pasti JPN, PPD serta pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan bas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, di sini hari ini.

Rabu lepas, polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang murid serta menampar ibu murid berkenaan dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.