SHAH ALAM, 17 OGOS: Orang ramai berpeluang menikmati makanan percuma di Medan Selera Delima, Seksyen 24, di sini menerusi program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), esok.
MBSA menerusi Facebook memaklumkan program berkenaan terbuka kepada 300 pengunjung terawal dengan peruntukan RM10 setiap seorang.
“Sebanyak 300 hidangan disediakan secara percuma kepada orang ramai sempena program berkenaan.
“Bagaimanapun, hidangan percuma itu terhad kepada 300 orang terawal sahaja, siapa cepat dia dapat,” katanya.
Justeru, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program Makan Percuma Siri 2 anjuran MBSA.
Sebelum ini, MBSA pernah melaksanakan program seumpamanya di Seksyen 2, Seksyen 7 dan Sungai Buloh.
Inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban masyarakat selain membantu merancakkan jualan peniaga.







