Amirudin diberi mandat penuh kemudi gerak kerja pilihan raya PKR

16 Ogos 2026, 1:43 PM
Amirudin diberi mandat penuh kemudi gerak kerja pilihan raya PKR

SHAH ALAM, 16 OGOS: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato' Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh untuk merangka strategi dan menyelaras gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu bagi memastikan seluruh jentera parti bergerak dalam satu sistem dengan kepimpinan serta arahan yang jelas, sekali gus mengelakkan kewujudan saluran berbeza yang boleh menjejaskan penyelarasan, lapor Utusan Malaysia.

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 16 Ogos 2026. Foto BERNAMA

“Amirudin diberikan mandat penuh untuk menjalankan kerja-kerja pilihan raya akan datang. Saya beritahu pimpinan, tidak boleh lagi ada ‘subsistem’ atau ‘sistem alternatif’.

“Satu sistem, satu kepimpinan, satu format. Amirudin tentukan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Anwar berkata penyelarasan gerak kerja di peringkat pejabatnya pula akan dikendalikan Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, Tengku Zafrul yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN diberi tanggungjawab memastikan penyelarasan antara pejabat Presiden dan sekretariat parti berjalan lancar.

“Sebagai sokongan di pejabat saya dan untuk memastikan penyelarasan berjalan dengan baik, saya memberikan mandat penuh kepada Tengku Zafrul untuk menyelaraskan gerak kerja di pihak saya serta sekretariat,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.