Para SUKMA: Selangor gegar tenpin boling dengan dua emas

8 Sep 2026, 7:33 AM
Para SUKMA: Selangor gegar tenpin boling dengan dua emas
Para SUKMA: Selangor gegar tenpin boling dengan dua emas
Para SUKMA: Selangor gegar tenpin boling dengan dua emas

SHAH ALAM, 8 SEPT: Selangor mencuri tumpuan dalam saingan para tenpin boling apabila meraih dua pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki TPB8 dan wanita pada temasya Para SUKMA Selangor 2026 hari ini.

Beraksi di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, Rosheedey Faizal Roslan membuka tirai kejayaan Selangor apabila muncul juara Perseorangan Lelaki TPB8 selepas mengumpul 1,144 jatuhan pin.

Rakan senegeri, Ahmad Nazri Hamzah turut menaiki podium dalam acara sama apabila meraih gangsa dengan catatan 927 jatuhan pin.

Nor Suhaili Yusuf kemudian melengkapkan pungutan emas Selangor selepas menjuarai acara Perseorangan Wanita TPB8 dengan catatan 716 jatuhan pin.

Selangor turut menambah satu pingat perak menerusi Nadia Syafika Abdul Rahman dalam acara Perseorangan Wanita TPB9 Terbuka selepas merekodkan 1,231 jatuhan pin.

Keseluruhannya, Selangor membawa pulang dua emas, satu perak dan satu gangsa daripada saingan perseorangan para tenpin boling, sekali gus memberikan suntikan penting kepada kontinjen negeri dalam pemburuan pingat pada temasya kali ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.