Bakat, kekuatan fizikal, kemahiran dan kecekapan teknikal bukan penentu kemenangan semata-mata sebaliknya aspek psikologi memainkan peranan yang tidak kurang penting, malah berupaya mempengaruhi keputusan.
Lebih-lebih lagi, Sukan Malaysia (SUKMA) dan PARA SUKMA melibatkan atlet remaja yang rata-ratanya berusia 16 hingga 21 tahun.
Keupayaan mengurus aspek mental semasa bertanding membantu prestasi sedia ada manakala kegagalan mengendalikannya pula boleh mengundang musibah.
Pendek kata, kemenangan ada bahayanya, kekalahan ada mudaratnya. Justeru, Wartawan Aida Nyan mengadakan wawancara bertulis dengan Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pakar KPJ Klang, Dr Khoo Yee Laim untuk berkongsi panduan psikologi kepada peserta temasya dwitahunan itu.

ATASI GEMURUH
Beri fokus: Tetapkan matlamat mudah, fokus gerakan fizikal dan strategi, bukan keputusan atau tanggapan penonton
Kawal pernafasan: Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan untuk redakan degupan jantung, fokus kepada acara
Gambaran positif: Bayang diri beraksi cemerlang di tengah-tengah sorakan semasa berlatih
Bina semangat: Berdialog dengan diri sendiri secara positif, singkir rasa takut gagal
TANGANI LUAPAN EMOSI
Bertenang: Tarik nafas ikut hidung, tahan sekejap, hembus perlahan-lahan untuk turunkan degupan jantung
Jarak: Berundur daripada pemain lawan atau pengadil sekejap jika marah mula memuncak
Fokus tugas: Alih fikiran kepada strategi pasukan berbanding fikir kesilapan pengadil atau provokasi lawan
Kawal diri: Elak memaki-hamun, tengking kerana ia cuma rugikan pasukan
Komunikasi tenang: Berbincang dengan kapten jika ada bantahan
Reda: Anggap keputusan pengadil sebahagian permainan walau ia mungkin silap
KEPENTINGAN PEMAKANAN
Kestabilan tenaga otak: Kurang bahan berkhasiat atau gula dalam darah punca lesu, hilang tumpuan dan mudah cemas
Kualiti tidur: Makanan kaya triptofan seperti susu suam, pisang rangsang ketenangan minda dan mudah lelap
Ketahanan Mental: Diet seimbang sokong pengeluaran hormon gembira (serotonin), kekalkan motivasi positif
URUS KEMENANGAN
Tetapkan sasaran baharu: Jangan terbuai dengan kejayaan lama
Beri tumpuan kepada latihan harian
Jangan sesekali terlampau leka dengan kemenangan
Dapatkan sokongan psikologi untuk elak rasa bangga diri
URUS TEKANAN AKIBAT KALAH
Terima keputusan: Beri ruang rasa kecewa, sedih tanpa menafikannya
Reda kekalahan: Jangan hilang keyakinan diri, elak rasa bersalah dan murung
Anggap proses: Tumpu latihan seterusnya, bukan keputusan akhir acara yang telah berakhir
Sokongan individu terdekat: Dapatkan sokongan jurulatih dan ahli keluarga
Kaunseling: Ikuti sesi bersama pakar motivasi/psikologi untuk urus emosi, kawal tekanan jika perlu
Bina ketahanan minda: Latih teknik pernafasan, tetapkan matlamat realistik, kembalikan keyakinan diri beransur-ansur
BANGKIT SELEPAS KALAH
Asingkan identiti: Elak anggap kalah sebagai kegagalan diri, ia cuma satu acara pertandingan
Kawal fikiran negatif: Ganti dengan dialog dalaman yang membina, fokus aspek yang boleh dikawal
Peraturan 24 jam: Beri ruang kecewa sehari cuma, kemudian lepaskan dan kembali fokus berlatih
KELEBIHAN CUKUP TIDUR
Kawalan Emosi: Kurang tidur punca atlet mudah marah, tertekan, muram dan hilang semangat
Tingkat fokus: Tidur cukup tajamkan fikiran, pantas buat keputusan, bijak baca taktik
Fokus permainan dan boleh buat keputusan pantas
Kurang beban: Rehat yang baik bantu otak proses keletihan mental, kurangkan tekanan

Grafik Farah Azila Mustapha










