Lencongan trafik NKVE Damansara-Shah Alam enam bulan bermula hari ini

14 Ogos 2026, 9:25 AM
Lencongan trafik NKVE Damansara-Shah Alam enam bulan bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Lencongan trafik akan dilaksanakan di laluan antara Damansara-Shah Alam di KM13.60 hingga KM14.35 (kedua-dua arah) di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) selama enam bulan dari hari ini hingga 9 Februari 2027.

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) memaklumkan lencongan itu bagi memberi laluan kepada projek jejantas pejalan kaki melintasi lebuh raya dan kerja penyelenggaraan oleh pihak Pinnacle Homes AD Sdn Bhd (PHADSB).

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihati supaya mematuhi semua papan tanda trafik yang disediakan serta arahan petugas PLUS bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak.

Pelan lencongan trafik di laluan Damansara-Shah Alam di NKVE yang berkuat kuasa hingga 9 Februari 2027. — Grafik PLUS

PLUS menyarankan pengguna merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, media sosial rasmi termasuk X @plustrafik dan paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

“Sekiranya berlaku kecemasan, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine menerusi 1-800-88-0000 untuk bantuan.

“PLUS menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh itu,” menurut kenyataan tersebut.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.