Cerun runtuh di KM 263.6 PLUS, trafik sesak

11 Sep 2026, 12:08 PM
Cerun runtuh di KM 263.6 PLUS, trafik sesak

IPOH, 11 SEPT: Kejadian cerun runtuh di Kilometer (KM) 263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh menyebabkan kesesakan trafik sejauh 15 kilometer petang ini.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di platform X, kejadian yang dilaporkan pada 4.28 petang itu menyebabkan lorong kiri terhalang dan kesesakan trafik sejauh empat kilometer pada peringkat awal.

Bagaimanapun, situasi semasa telah dikemas kini pada 6.28 petang memaklumkan kesesakan meningkat sehingga 15 kilometer susulan kerja-kerja pembersihan yang masih dijalankan di lokasi.

“Susulan terdapat cerun runtuh di KM 263.6 arah Selatan dari Terowong ke Ipoh (Utara). Lorong kiri terhalang. Trafik sesak empat kilometer.

“Pasukan dari OPUS dan PLUS di lokasi untuk membuat penilaian. Kerja-kerja pembersihan masih lagi dijalankan. Trafik sesak 15 KM. Berhati-hati memandu ketika cuaca hujan!” menurut hantaran itu.

LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, terutama dalam keadaan cuaca hujan.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.