MPS raih pengiktirafan kecemerlangan perkhidmatan sempena WMAM 2026

12 Ogos 2026, 1:46 PM
MPS raih pengiktirafan kecemerlangan perkhidmatan sempena WMAM 2026
MPS raih pengiktirafan kecemerlangan perkhidmatan sempena WMAM 2026

SHAH ALAM, 12 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima pengiktirafan "Public Service Excellence Recognition" sempena WMAM Annual Conference 2026 yang berlangsung di Genting International Convention Centre kelmarin.

Pengiktirafan itu diterima Yang Dipertua MPS, Shahman Jalaludin.

MPS dalam kenyataan menerusi Faebook berkata, pengiktirafan itu pencapaian bermakna buat MPS dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan serta memperkukuhkan lagi peranan pihak berkuasa tempatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga MPS di atas kejayaan ini, semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus memperkasakan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan berkesan," kata kenyataan itu.

WMAM Annual Conference 2026 anjuran Waste Management Association of Malaysia (WMAM) tahun ini membawa tema “Circular Transformation: Waste to Value”.

Persidangan itu menghimpunkan pelbagai industri, agensi kerajaan serta pihak berkepentingan dalam membincangkan perkembangan dan pendekatan baharu dalam pengurusan sisa serta kelestarian.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.