SHAH ALAM, 12 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melanjutkan tarikh penutupan Jalan Perusahaan 1, Perusahaan Batu Caves kepada orang awam sehingga 1 September ini.
Penutupan itu bagi membolehkan kerja menaik taraf pembentung untuk projek tebatan banjir diteruskan.
"Orang awam dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan sepanjang tempoh penutupan tersebut.
"Sebarang pertanyaan sila hubungi 017-558 8344, kesulitan hari ini untuk kemudahan masa hadapan," kata kenyataan itu menerusi Facebook.







