EXCO: Dua Taman Reka Bentuk IC hasilkan impak ekonomi RM4.2 bilion

11 Ogos 2026, 3:07 AM
EXCO: Dua Taman Reka Bentuk IC hasilkan impak ekonomi RM4.2 bilion
EXCO: Dua Taman Reka Bentuk IC hasilkan impak ekonomi RM4.2 bilion
EXCO: Dua Taman Reka Bentuk IC hasilkan impak ekonomi RM4.2 bilion
EXCO: Dua Taman Reka Bentuk IC hasilkan impak ekonomi RM4.2 bilion

SHAH ALAM, 11 OGOS: Dua Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) di Puchong dan Cyberjaya yang menempatkan 18 syarikat menghasilkan impak ekonomi berjumlah RM4.2 bilion, kata EXCO pelaburan.

Menurut Ng Sze Han, angka tersebut merangkumi jumlah pelaburan, nilai syarikat, aktiviti perniagaan dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermaruah.

Beliau menambah pencapaian berkenaan turut meliputi limpahan ekonomi kepada pembangunan perniagaan, perkhidmatan dan infrastruktur di Puchong serta Cyberjaya.

“Dalam suku kedua 2026, ekosistem Hab Semikonduktor Selangor merangsang RM221 juta pelaburan meliputi RM131 juta pelaburan asing (FDI) dan RM90 juta pelaburan dalam negeri (DDI).

“Dari sudut FDI, pencapaian utama ialah kejayaan SkyeChip menjalin perkongsian strategik dengan Cerebras Systems, sebuah syarikat teknologi kecerdasan buatan terkemuka dari Amerika Syarikat.

"Ekosistem ini turut menerima kemasukan syarikat bertaraf global baharu, termasuk XPENG dari China. GreatAsic Technology pula berjaya memperoleh pembiayaan Pre-Series A bernilai RM28.22 juta dengan penyertaan firma modal teroka antarabangsa Vertex Ventures dan Gobi Partners,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Balakong Ong Chun Wei berhubung perkembangan terkini Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu Semikonduktor Malaysia pada Sidang Dewan Selangor, hari ini.

Sze Han menambah kejayaan tersebut mencerminkan keyakinan pelabur global terhadap keupayaan bakat tempatan serta potensi pertumbuhan syarikat semikonduktor dari Selangor.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata Taman Reka Bentuk IC Cyberjaya bakal diperluas ke fasa dua bagi membuka 800 peluang pekerjaan bergaji tinggi serta melahirkan lima syarikat bernilai lebih RM500 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan langkah bawah Rancangan Selangor Kedua (RS-2) bertujuan meletakkan Selangor di fasa bernilai tinggi dalam rantaian semikonduktor dunia.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.