Forum aeroangkasa himpun pakar, bantu industri rancang strategi baharu

26 Jun 2026, 6:01 AM
Forum aeroangkasa himpun pakar, bantu industri rancang strategi baharu
Forum aeroangkasa himpun pakar, bantu industri rancang strategi baharu

SERDANG, 26 JUN: Forum Aeroangkasa Selangor (SAF) 2026 menjadi platform penting penggiat industri merancang strategi perniagaan dan meneroka peluang baharu dalam sektor berkenaan.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata pendekatan berbeza diambil tahun ini melibatkan kerjasama MyAERO, dengan pakar industri berkongsi perkembangan semasa, cabaran dan hala tuju aeroangkasa.

Menurutnya, perkongsian maklumat semasa amat penting bagi membantu syarikat membuat perancangan perniagaan, khususnya ketika industri berdepan pelbagai cabaran global.

"Kita menganjurkan forum ini supaya pakar dapat berkongsi pengalaman serta maklumat terkini dengan pemain industri. Ia juga antara pendekatan penting membangunkan industri aeroangkasa di Selangor.

"Kita (juga) dengar pembentangan ketua pegawai eksekutif Malaysia Aviation Group berkenaan krisis yang mereka hadapi sekarang. Itu merupakan maklumat yang sangat penting bagi rantaian dan pembekalan dalam industri ini,” katanya.

Beliau ditemui pada forum berkenaan yang dianjurkan bersempena Sidang Kemuncak MyAERO 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.

MyAERO 2026 menghimpunkan pengeluar peralatan asal (OEM), badan pengawal selia dan pelabur bagi mengukuhkan kerjasama serta mengetengahkan inovasi merentas ekosistem aeroangkasa.

Sempena sidang kemuncak itu, Invest Selangor Berhad menyusun program komprehensif selama dua hari mulai semalam merangkumi lawatan ekslusif ke fasiliti aeroangkasa dan penganjuran SAF.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.