SHAH ALAM, 11 OGOS: Lima daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sepang dan Klang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 12 tengah hari.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.







