Jerebu: Johan Setia, lapan kawasan di Sarawak, catat IPU tidak sihat

9 Ogos 2026, 11:53 AM
Jerebu: Johan Setia, lapan kawasan di Sarawak, catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Lapan kawasan di Sarawak dan satu di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 petang ini, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).

Di Sarawak, tiga kawasan baharu iaitu Miri dengan bacaan IPU 119, Sarikei (152) dan Sri Aman (154) merekodkan tahap tidak sihat susulan jerebu rentas sempadan petang ini, menjadikan keseluruhan lapan kawasan berbanding lima pada sebelah pagi.

Lima kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat sebelum ini ialah Kuching dengan bacaan IPU 156, Samarahan (157), Serian (169), Bintulu (154) dan Samalaju (152).

Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 153.

Sementara itu, 57 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana manakala Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis masing-masing merekodkan bacaan pada tahap baik.

Menurut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 amat tidak sihat manakala bacaan melebihi 301 sebagai tahap bahaya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam notis ramalan cuaca signifikan memaklumkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan kawasan di Borneo termasuk Sarawak hingga 14 Ogos.

MetMalaysia memaklumkan pengaruh angin dari arah selatan serta jumlah titik panas yang dijangka kekal tinggi di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan terutama di selatan Sarawak.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.