SUKMA 2026: Pasukan kabaddi Selangor yakin rangkul dua pingat emas

11 Ogos 2026, 7:00 AM

SHAH ALAM, 10 Ogos: Prestasi memberangsangkan pasukan kabaddi sepanjang tahun ini diyakini mampu membantu Selangor meraih dua pingat emas dalam pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Pengurus pasukan V Ravichandran berkata semua pemain sama ada pasukan lelaki mahupun wanita, kedua-duanya menunjukkan peningkatan berbanding aksi yang dipamer dalam SUKMA Sarawak 2024.

Beliau memberitahu keyakinan itu timbul berdasarkan tahap permainan setakat ini selain kedua-dua pasukan meraih kejuaraan dalam kejohanan terbuka yang disertai pada April dan Mei lalu.

Pengurus pasukan kabaddi Selangor V Ravichandran. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Dalam SUKMA Sarawak, kedua-dua pasukan dapat tempat kedua. Hanya beza satu mata dengan juara dan markah kurang itu dari aspek teknikal. Jadi, SUKMA kali ini kita yakin mampu jadi juara.

“Beberapa kejohanan yang kita menang tahun ini juga jadi pendorong untuk bergelar juara. Kejohanan itu turut disertai pasukan luar negara. Jadi, ini menguatkan lagi harapan kita untuk bantu Selangor jadi juara keseluruhan,” katanya kepada Media Selangor.

Ravichandran juga percaya sukan kabaddi memiliki peluang cerah dalam pembangunan sukan negara dan usaha tersebut tidak harus tertumpu kepada kalangan atlet keturunan India semata-mata.

“Kita perlukan pusat latihan yang lengkap supaya pemain dapat berlatih sebaik mungkin. Sekarang sukan ini sudah mendapat tempat dalam kalangan pemain Melayu dan Cina.

“Saya juga sudah berjumpa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Kita minta anjur kursus sukan ini untuk semua pelajar. Tidak tumpu kepada pelajar (keturunan) India sahaja,” katanya.

Atlet kabaddi Sukma Selangor ketika sesi latihan di SJK(T) Simpang Lima, Klang pada 13 Jun 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

SUKMA ke-22 mempertanding sebanyak 469 acara daripada 37 jenis sukan meliputi sembilan daerah, membabitkan 52 venue di seluruh negeri sepanjang temasya antara 15 hingga 24 Ogos.

Para SUKMA pula diadakan dari 5 hingga 14 September melibatkan 369 acara daripada 10 jenis sukan antaranya renang, olahraga, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang dan memanah.

Majlis pembukaan dijadual berlangsung Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Selain 15 kontinjen negeri, Brunei Darussalam turut menyertai SUKMA sebagai kontinjen jemputan.

SUKMA kali ini adalah temasya sukan terbesar negara kedua terakhir sebelum Kelantan pada 2028. Selangor yang menjadi tuan rumah menetapkan sasaran 80 pingat emas pada kali ini.

Atlet kabaddi Sukma Selangor ketika sesi latihan di SJK(T) Simpang Lima, Klang pada 13 Jun 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

FAKTA SUKAN KABBADI

Sukan kabbadi merupakan sukan tertua di dunia. Dianggarkan berusia 4,000 tahun, ia dikenali sebagai Sadugudu di Tamil Nadu. Sebelum diiktiraf dunia di Malaysia, sukan ini dikendali Persekutuan Kabaddi Malaysia (KFM).

Malaysia pernah menyertai Sukan Asia dan Kejohanan Kabaddi Asia Tenggara. Sukan kabbadi juga pertama kali dipertanding dalam SUKMA di Terangganu pada 2008.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.